Pages

Sunday, March 4, 2012

Doa untuk Sang Kekasih ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..
Seandainya Engkau telah catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..

Ya Allah..
Ya Tuhanku Maha Mengasihani..
Seringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami..

Ya Allah..
Seandainya kau takdirkan dia bukan milikku..
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkanlah dia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang..
Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah yang tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik untuk Hamba-mu ini..

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi Pemeliharaku di dunia dan akhirat..
Dengarlah rintihan daripada hamba-mu yang daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di Dunia dan di Akhirat..
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
Ke jalan yang Engkau redhai..
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab neraka..

Amin..Amin.. Yarabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment